hellooo apa khabar kamu andax? bagaimana kondisi kamu lewat ini? apa yang kamu lakukan selain bermain muzik? sejak bila ko terjelapuk dlm dunia punk ini?
-kabar baek.. aku sentiasa ok. cuma kehidupan dikala ini agak terumbang ambing, almaklumlah dunia. selain daripada bermain muzik aku juga ada menerbitkan sebuah zine iaitu ‘rotten & rebels’. ianya lebih kepada politik dan punk.hurm.. aku terjelepuk dalam punk ni sejak azali lagi
=)
bagaimana dengan the liberals? cerita sedikit tentang asal usul wujudnya band kamu ini? ada apa2 rilisan terbaru yang kamu keluarkan?
-the liberals wujud ketika aku dikolej dulu. masa tu tahun 2002.line up asal band ni dulu, fit (gitar) ,amy (bass), jeff (drumm) dan aku. so bila kitorang abis studi masing masing busy. tinggal aku dengan jeff yang tinggal.tapi kami tak hampa kerana kami sempat record sebuah demo berjudul “korporat keparat” tp hanya utk kengkawan (sbb masa tu masih memalu lg =) ).kami terus bermain di gig2 dengan bantuan sessionist.awal 2006 jeff meninggalkan the liberals kerana komitmen kerja. pada mid 2006 ni kami dpt line up yg tetap dan cerdas yang terdiri daripada: aku, ari (gitar),a-b (bass),wan(drum).. sekarang ni kami tgh menyiapkan lagu yg lebih kepada hardcore+punk+rock., dan dalam masa terdekat ni juga kami akan meriliskan materials kami.
andax ko salah seorang editor zine rotten and rebels kan? apa isi kandungan zine kamu tu? promote ar skit zine ko tu dlm aku nye zine ni hehehe,..
-yerp.. ok isi kandungan didalam zine aku banyak berkisahkan ttg politik semasa, berkenaan masalah didalam scene, tentang punk dsb. dan didalam zine ini aku telah interview band seperti, verbal chaos, carburetor dung,dirty dummy,plague of happiness dan streetwar.ok kepada yg berminat bleh lah kontek aku:
punx@rock.com just rm3.00 by hand/ rm4.00 ppd
ok dlm band kamu tu, liriknya sering berkaitan dengan apa? komen sedikit tentang sistem kapitalis..
-lirik yang kami gunakan lebih kepada protes, life, perjuangan,kawan dan apa2 jer yg kami rasa nak masukkan.kapitalis? kesimpulannya.. CAPITALIST TOTALLY SUCK!
apa itu pengeritian punk bagi ko? ok beri penjelasan sedikit tentang perbezaan chaos punk dengan peace punk? mengapa ada perbezaan sebegini?
-pengertian punk adalah meluas dan berbeda diantara sesama kita, disebabkan cara pemikiran kita yg berlainan. bagi aku punk ni adalah sebuah perjuangan, cara hidup, dan attitude. punk ni sebenarnya lahir dari jiwa bukannya mengikut kengkawan, trendy,media dsb. apabila ianya telah lahir dari JIWA maka lahirlah PEMiKIRAN, pemikiran ini membuat kita berfikir kemana hala tuju kita, dan apa yg hendak kita perjuangkan. setelah itu maka lahirlah TINDAKAN. tindakan adalah perbuatan bagaimana kita mengolah apa yg kita protes, ada yg diantara kita memprotes menggunakan muzik,berfesyen,contribute zine dsb. kita tak boleh menyalahkan seseorang itu dgn cara mereka perjuangkan. mungkin itu adalah cara mereka, dan cara kita pun mungkin berlainan.
CHAOS PUNK adalah punk dijalanan yg kebanyakannya memperagakan fesyen dan muzik sebagai perjuangan meraka. PEACE PUNK lebih kepada pemikiran sebagai cara perjuangan mereka.. sebenarnya kita sama tiada perbezaannya cuma ideologi dan cara hidup kita sajer yg berbeza.
bagaimana kamu menjalankan kehidupan seharian kamu.. pandangan family ko ttg life style ko andax? adakah diorg tahu ttg pergerakan ko dlm scene punk ni?
-aku seperti manusia biasa ,tiada bezanya.. family aku ok jerk.. yg penting mereka tau hala tuju aku.. yerp mereka tau, sbb punk ni bukannya gangster!
Tidak ada yang bagus tentang punk itu yang kebanyakan masyarakat tahu tetapi masyarakat tidak tahu wujudnya ideologi straight edge so komen skit andax?
-ideologi straight edge ni ataupun cara hidup sihat ni mmg baik.. diorang tetap tak dpt terima sbb kita telah di cop sbgi budaya yg teruk..
apa pandangan ko tentang teknologi? adakah ia penting dlm kehidupan kita? tanpa kita sedari kewujudan internet dengan kewujudan blog telah mencacatkan penghasilan zine?ko setuju?
-teknologi ada kebaikan dan keburukan.. sama cam kita jugak. dalam masa sekarang teknologi semakin penting dalam kehidupan kita. hurm kita tak boleh salah kan teknologi 100%, kita kena salahkan mentaliti kita sendiri.webzine atau e-zine mungkin adalah salah satu cara individu itu yang tak mau kan sebarang profit. mereka cuba menggunakan teknologi utk menyampai dan berkongsi maklumat.. so tak salahkan?
pengertian cinta bagi kamu? adakah cinta hanya untuk mendapatkan kepuasan seks? komen ko tentang seks bebas yg sering berlaku dlm negara ni?
-love not for sex.. makna cinta adalah meluas.. cinta adalah kasih sayang terhadap sesuatu. Klu kita bercinta dgn tuhan takkan kita ianya utk seks jugakkan? seks bebas di negara kita skrg ni semakin menjadi2.. kawin jer dgn cara yg betul kalau nafsu korang membuak2. maka takkan berlaku pembuangan bayi. bayi tu tak berdosa, kasihani lah mereka.
ko rase la kan perjuangan punk ni akan diterima oleh masyarakat atau sebaliknya? mengaapa masykt tidk boleh menerima apa yg kita lakukan?
-perjuangan punk ni akan terus dikritik oleh masyarakat.. trust me! walaupun apa yg punk perjuangkan ada kebenarannya. masyarakat kita masih hidup dalam tempurung, mentaliti mereka masih ditakuk lama
ko ada awex? ko rase ko nye awek ni jujur tak dengan ko. apa yg ko akan lakukan sekiranya suatu hari nanti dia tinggalkan ko? selain ko cari awek lain?
-aku xder awek.. klu nak carik awek carilah yg bleh guide kita dan boleh saling mempercayai. aku akan terus dgn hidup aku macam biasa, tak perlu perubahan. aku masih still bleh bermain muzik , hang out dgn kengkawan.. dll
ko suka govarnment? aku tau ko mesti anti betul tak? tapi aku nak ko jwb gak soalan ni..mengapa masih ramai lagi yg tdk dpt makan sedangkan makanan mencukupi dlm negara ni? mengapa kawasan setinggan masih wujud ini menunjukkan yg malaysia ni belum maju.. komen skit..
-government sentiasa aku benci, cukai dibayar, petrol naik, api naik, air naik, tapi apa perubahan yg berlaku? kawasan setinggan masih banyak disebabkan kerajaan yg masih tak mengendahkan rakyatnya. INGAT! TANPA RAKYAT TIADA KERAJAAN!
ok lar aku rase tu je kot..sorry ar macam berbelit belit je soalan2 aku ni..so kata2 terakhir ko sebelum mengakhiri temubual ni..ok thanks andax.. stay punk stay clean..
-aku nak ucap terima kasih bebanyak kerana ko sudi interview aku .. dan baca jawapan aku yg bodo ni..
www.myspace.com/andax
www.myspace.com/liberals
punx@rock.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment