Tuesday, July 10, 2007

The Liberals @ zine "Xnothing ElseX

0 comments
hellooo apa khabar kamu andax? bagaimana kondisi kamu lewat ini? apa yang kamu lakukan selain bermain muzik? sejak bila ko terjelapuk dlm dunia punk ini?

-kabar baek.. aku sentiasa ok. cuma kehidupan dikala ini agak terumbang ambing, almaklumlah dunia. selain daripada bermain muzik aku juga ada menerbitkan sebuah zine iaitu ‘rotten & rebels’. ianya lebih kepada politik dan punk.hurm.. aku terjelepuk dalam punk ni sejak azali lagi
=)

bagaimana dengan the liberals? cerita sedikit tentang asal usul wujudnya band kamu ini? ada apa2 rilisan terbaru yang kamu keluarkan?

-the liberals wujud ketika aku dikolej dulu. masa tu tahun 2002.line up asal band ni dulu, fit (gitar) ,amy (bass), jeff (drumm) dan aku. so bila kitorang abis studi masing masing busy. tinggal aku dengan jeff yang tinggal.tapi kami tak hampa kerana kami sempat record sebuah demo berjudul “korporat keparat” tp hanya utk kengkawan (sbb masa tu masih memalu lg =) ).kami terus bermain di gig2 dengan bantuan sessionist.awal 2006 jeff meninggalkan the liberals kerana komitmen kerja. pada mid 2006 ni kami dpt line up yg tetap dan cerdas yang terdiri daripada: aku, ari (gitar),a-b (bass),wan(drum).. sekarang ni kami tgh menyiapkan lagu yg lebih kepada hardcore+punk+rock., dan dalam masa terdekat ni juga kami akan meriliskan materials kami.

andax ko salah seorang editor zine rotten and rebels kan? apa isi kandungan zine kamu tu? promote ar skit zine ko tu dlm aku nye zine ni hehehe,..

-yerp.. ok isi kandungan didalam zine aku banyak berkisahkan ttg politik semasa, berkenaan masalah didalam scene, tentang punk dsb. dan didalam zine ini aku telah interview band seperti, verbal chaos, carburetor dung,dirty dummy,plague of happiness dan streetwar.ok kepada yg berminat bleh lah kontek aku:
punx@rock.com just rm3.00 by hand/ rm4.00 ppd

ok dlm band kamu tu, liriknya sering berkaitan dengan apa? komen sedikit tentang sistem kapitalis..

-lirik yang kami gunakan lebih kepada protes, life, perjuangan,kawan dan apa2 jer yg kami rasa nak masukkan.kapitalis? kesimpulannya.. CAPITALIST TOTALLY SUCK!

apa itu pengeritian punk bagi ko? ok beri penjelasan sedikit tentang perbezaan chaos punk dengan peace punk? mengapa ada perbezaan sebegini?

-pengertian punk adalah meluas dan berbeda diantara sesama kita, disebabkan cara pemikiran kita yg berlainan. bagi aku punk ni adalah sebuah perjuangan, cara hidup, dan attitude. punk ni sebenarnya lahir dari jiwa bukannya mengikut kengkawan, trendy,media dsb. apabila ianya telah lahir dari JIWA maka lahirlah PEMiKIRAN, pemikiran ini membuat kita berfikir kemana hala tuju kita, dan apa yg hendak kita perjuangkan. setelah itu maka lahirlah TINDAKAN. tindakan adalah perbuatan bagaimana kita mengolah apa yg kita protes, ada yg diantara kita memprotes menggunakan muzik,berfesyen,contribute zine dsb. kita tak boleh menyalahkan seseorang itu dgn cara mereka perjuangkan. mungkin itu adalah cara mereka, dan cara kita pun mungkin berlainan.
CHAOS PUNK adalah punk dijalanan yg kebanyakannya memperagakan fesyen dan muzik sebagai perjuangan meraka. PEACE PUNK lebih kepada pemikiran sebagai cara perjuangan mereka.. sebenarnya kita sama tiada perbezaannya cuma ideologi dan cara hidup kita sajer yg berbeza.

bagaimana kamu menjalankan kehidupan seharian kamu.. pandangan family ko ttg life style ko andax? adakah diorg tahu ttg pergerakan ko dlm scene punk ni?

-aku seperti manusia biasa ,tiada bezanya.. family aku ok jerk.. yg penting mereka tau hala tuju aku.. yerp mereka tau, sbb punk ni bukannya gangster!

Tidak ada yang bagus tentang punk itu yang kebanyakan masyarakat tahu tetapi masyarakat tidak tahu wujudnya ideologi straight edge so komen skit andax?

-ideologi straight edge ni ataupun cara hidup sihat ni mmg baik.. diorang tetap tak dpt terima sbb kita telah di cop sbgi budaya yg teruk..

apa pandangan ko tentang teknologi? adakah ia penting dlm kehidupan kita? tanpa kita sedari kewujudan internet dengan kewujudan blog telah mencacatkan penghasilan zine?ko setuju?

-teknologi ada kebaikan dan keburukan.. sama cam kita jugak. dalam masa sekarang teknologi semakin penting dalam kehidupan kita. hurm kita tak boleh salah kan teknologi 100%, kita kena salahkan mentaliti kita sendiri.webzine atau e-zine mungkin adalah salah satu cara individu itu yang tak mau kan sebarang profit. mereka cuba menggunakan teknologi utk menyampai dan berkongsi maklumat.. so tak salahkan?

pengertian cinta bagi kamu? adakah cinta hanya untuk mendapatkan kepuasan seks? komen ko tentang seks bebas yg sering berlaku dlm negara ni?

-love not for sex.. makna cinta adalah meluas.. cinta adalah kasih sayang terhadap sesuatu. Klu kita bercinta dgn tuhan takkan kita ianya utk seks jugakkan? seks bebas di negara kita skrg ni semakin menjadi2.. kawin jer dgn cara yg betul kalau nafsu korang membuak2. maka takkan berlaku pembuangan bayi. bayi tu tak berdosa, kasihani lah mereka.

ko rase la kan perjuangan punk ni akan diterima oleh masyarakat atau sebaliknya? mengaapa masykt tidk boleh menerima apa yg kita lakukan?

-perjuangan punk ni akan terus dikritik oleh masyarakat.. trust me! walaupun apa yg punk perjuangkan ada kebenarannya. masyarakat kita masih hidup dalam tempurung, mentaliti mereka masih ditakuk lama

ko ada awex? ko rase ko nye awek ni jujur tak dengan ko. apa yg ko akan lakukan sekiranya suatu hari nanti dia tinggalkan ko? selain ko cari awek lain?

-aku xder awek.. klu nak carik awek carilah yg bleh guide kita dan boleh saling mempercayai. aku akan terus dgn hidup aku macam biasa, tak perlu perubahan. aku masih still bleh bermain muzik , hang out dgn kengkawan.. dll

ko suka govarnment? aku tau ko mesti anti betul tak? tapi aku nak ko jwb gak soalan ni..mengapa masih ramai lagi yg tdk dpt makan sedangkan makanan mencukupi dlm negara ni? mengapa kawasan setinggan masih wujud ini menunjukkan yg malaysia ni belum maju.. komen skit..

-government sentiasa aku benci, cukai dibayar, petrol naik, api naik, air naik, tapi apa perubahan yg berlaku? kawasan setinggan masih banyak disebabkan kerajaan yg masih tak mengendahkan rakyatnya. INGAT! TANPA RAKYAT TIADA KERAJAAN!

ok lar aku rase tu je kot..sorry ar macam berbelit belit je soalan2 aku ni..so kata2 terakhir ko sebelum mengakhiri temubual ni..ok thanks andax.. stay punk stay clean..

-aku nak ucap terima kasih bebanyak kerana ko sudi interview aku .. dan baca jawapan aku yg bodo ni..

www.myspace.com/andax
www.myspace.com/liberals
punx@rock.com

Sunday, July 8, 2007

Brayok

0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. aku dari zine Rotten n Rebels.First word dari korang…..ceritakan serba sedikit latar belakang dan sejarah bagaimana tertubuhnya band ini.. dan kenapa korang memilih nama ni?1.Aku rudy dr terengganu,pd thn 2001 aku pindah kat ipoh utk berkerja…lepas tu aku jumpe shamil ex-6stair.dr situ aku nk mula main musik blk shamil telah mmperkenalkan saleh drummer kita org.. dan tertubuhlah band bodoh ni…



materials yang korang pernah keluarkan..
2.kita org ada keluarkan cd rehearsal kita org tp xde org nk dengar sbb x best,skang nervous rekod dh riliskan 4 way split,kita org dgn skunkfix,stick no bill dan 1band u.s ray gradys iaitu punk rock paradox…projek br kitaorg dh rekod 4 lagu dan tgh kumpul lagu cadang nk buat album..

apakah aktiviti lain yang korang jalankan selain bermain muzik untuk scene ni?
3.utk pengetahuan ko kitaorg blm pernah buat sbarang aktiviti dlm scene kecuali gig sbb aku dan band mmber lain tak tentu jadual keje…tp perancangan byk…

kenapa korang memilih muzik ni sebagai pilihan?
4.kita org main punk!punk smpai mampos…sbb punk sesuatu yg suci kot???

apakah pandangan korang mengenai gig² sekarang? dan mengapa ramai crowd lebih suka duduk, jika dibanding kan dahulu yang lebih suka suupport band² yang main walaupun band tu baru..
5.aku pun tak tau la…dia org mungkin ke gig utk tengok band yg diminati…tapi xbest la mcm tu…
come on n’ wake up…babe!!!

bagaimanakah keadaan scene korang disana? ceritakan siket..
6.scene di ipoh ni mempunyai komuniti yg ramai sbenarnya tp skang hambar sket xmcm time aku smpai dulu thn2001…tp kalo nk tgk crowd punk yg ramai pg la terengganu..

Etika d.i.y, adakah korang mengamalkannya sepenuhnya?
7.etika d.i.y??killer question…mcm aku…sbenarnye mmg kalo bole nk berada di landasan d.i.y yg betol tp aku skang dlm learning process byk lg yg perlu brayok blajar kitaorg pn br tubuh 2thn byk lg yg perlu kita org blajar..kalo bole org lama patut bg tunjuk ajar kpd kita org..xde org lama xde org br jangan kedekut ilmu,nanti mata sendiri yg sakit tgk budak2 poyo naik…
apakah isi kandungan atau inti pati lirik lagu korang?
8.lirik lagu kita org berkisarkan tentang persekitaran kita org yg berkerja dgn kerajaan dimana kotoran rasuah,gilekan kuasa,penindasan dlm hirarki yg berpangkat berleluasa…dunia ni bodo aku benci hirarki yg mendiskriminasikan manusia dlm perkerjaan dan kehidupan sekeliling aku..

adakah korang setuju jika aku mengatakan bahawa sekarang kekurangan releasan zine berbanding dahulu?
bagaimanakah caranya nak menarik minat para undergrounders ni supaya kembali membaca zine? kerana sekarang semua lebih tertumpu dengan web zine atau e-zine.
pasal fanzine tu dimana- mana aku pg mesti aku dengar bende tu..kita xbole sekat sbb kat web lebih senang nk dpt info mcm lagu carburetor dung punk panggang sepinggan skang kita cume perlu sebut je apa yg kita nk smua ada…tapi usaha utk menarik minat u’gder mmbaca zine patut di teruskan dan jangan berhenti drp menulis zine..good luck…

last words.. n cara nak contact korang?
e-mail; brayok-sokmo@yahoo.com
myspace url; www.myspace.com/brayok

Wednesday, July 4, 2007

Carburetor Dung

0 comments
Carburetor dung from rotten n rebels zine #1

Rotten N Rebels: 1st words..
Joe Kidd (carburetor dung) :
-Apa cerita?

Rotten N Rebels: introduce kan siket perjalanan band/history..
Joe Kidd (carburetor dung) :
maka panjanglah jadinya alkisah ini sekira kami teruskan dengan jawapan yang ada. Oleh itu kami menjemput anda ke laman web kami disini:
http:/carburetordung.kerbau.com = disana ada pelbagai hikayat serta gurindam yang sedia menanti.. Terima Kasih..

Rotten N Rebels: boleh terangkan siket konsep muzik yang cuba korang pertengahkan dan kenapa?
Joe Kidd (carburetor dung) :
-kerja kerja menampal konsep-konsep sebegini adalah dari taktikkotor industri muzik sebenua yang inginmengotaak katikkan sifat sifat unik (serta tak unik) yang sedia terkandung didalam setiap pemuzik yang ada. Mereka proses menge-chop atau branding untuk mengumpulkan taring taring yang ada, supaya senang dijual serta senang diletak ke atas rak rak kedai mereka. Oleh itu kami cukup boringdengan ayat konsep. Kami tak ada konsep. Kami hanya buat muzik ikut suka hati kami. Itu sahaja.. kalau berdegil nakkonsep jugak, sila Tanya siti nurhaliza ya! Terima kasih.. (ed: baeklah nanti aku Tanya siti hehe)

Rotten N Rebels: Apakah perkembangan terbaaru carburetor dung sekarang ini?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Paling baru.. kami cukup terkejut dengan adanya lebih kurang 30 lagu baru yang telah kami simpan. Kami baru sahaja berastaga di antara kami dan kini mulai tenang serta nekad untuk merakamkan 2 buah album secepat mungkin.. terima kasih..

Rotten N Rebels: Materials/ discography..??
Joe Kidd (carburetor dung) :
-sekali lagi, rasanya lebih afdal sekiranya para pembaca ke laman web kami. Jemput ke sana ya!

Rotten N Rebels: Pandangan korang tentang zine sekarang ini..
Joe Kidd (carburetor dung) :
-nampaknya zine tempatan sekarang, terutamanya yang berbau punk rock, tidak lagi memberi kepuasan serta pengetahuan penting seperti dulu. Malah bilangannya agak kurang jika dibandingkan era sekitar awal 90an pertengahan 90an. Nampaknya zine zine yang ada tidak bermaya untuk menendang serta membakaar intelek kita semua. Kebanyakannya tidak begitu cerdik, serta terlalu singkat pemikirannya. Begitulah apa yang kami nampak. Ianya cukup menyedihkan bagi pihak kami serta mengkhuatirkan kami tentang tahap kecerdasan otak punk punk senegara. Terima kasih..

Rotten N Rebels: Apakah pandangan korang tentang anarchy.. adakah korang mempercayai anarchy? Sesuai kah ianya di Malaysia?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Kami rasa sebelum kita berbincang mengenai anarchy atau anarchism, kita perlu dalami dulu apa itu anarchy, apa itu anarchism, apa itu sosialisme, apa dia perbedaan diantara pelbagai isma skisma pemikiran serta pandangan politik yang ada.
Ianya bukan subjek mudah. Remeh temeh seperti apa yang kamu dengar dalam lagu the exploited dan sex pistols. Ianya tentang teori system social yang dicadangkan untuk menggantikan system yang ada.. yang dating hanya kebahagiaan orang ramai dengan pengambilan balik kuasa dari segala bentuk autoriti dan dikembalikan kepada para individu. Kami sukakan teori anarchisma, walaupun pada pandangan kami ada pelbagai caacat celanya tersendiri. Adakah sesuai dimalaysia? Mengapa tidak? Apa bezanya dengan Negara lain? Semuanya darah merahkan? Untuk pengetahuan baca disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/anarchism

Rotten N Rebels: apakah pengertian punk pada korang sendiri sebenarnya?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Peka , cerdik, berani melawan, berani bangun, berani kalah. Juga sentiasa belajar,sentiasa hidup, sentiasa tegar dengan idea idea baru untuk kebaikan sejagat. Yang penting tak bodo sombong, bukan pak turut nak jadi sid vicious! Sid vicious tu punk bodo namanya.. kalau dia tak bodo, dia tak jadi macam tu kan?

Rotten N Rebels: Bagaimanakah scene korang disana?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Ok jek.. macam biasa.. ada yang kami suka, ada yang tak.. ada yang bagus, ada yang buruk .. terima kasih

Rotten N Rebels: Scene kita sekarang ni semakin berpecah belah dan berpuak puak.. pandangan korang?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Perpecahan serta puak memuak ini adalah adapt resam rasmi sesuatu perkumpulan manusia. Antara sebabnya adalah perbedaan pendapat serta pandangan. Pada pandangan kami, ada baiknya ada buruknya. Yang penting pepecahan pendapat itu terlalu jauh serta berlanggar.
Sebagai contoh, cuba fikirkan scenario dimana ada dua puak didalam satu perkumpulan. Satunya berbentuk perkauman.. satu benci membenci serta menindaaas mereka yang tidak satu kaum dengan diri mereka. Kita panggil puak ini “rasis” la ye. Satu lagi puak kita panggil “anti rasis” ni mereka tidak memandang serta mengukur bangsa atau kaum lain. Mereka ini semua campur dengan semua jenis kulit tak kira bangsa ,kaum dll..
Kalau kita jenis yang bodo serta suka ikut ikut melulu tanpa otak sihat, kita akan terjerumus dalam sifat automatis sentiasa ulangkan slogan seperti “unite!” “bersatu”!! kalu kita cerdik, kita akan nampak bahwa mereka yang mempunyai pandangan yang bercanggah sememangnya tidak patut serta tidak boleh serta tidak akan “bersatu!”
Bagaimanakah kita nak bersatu apabila naluri kedua pihak itu berlawanan dengan yang lain? Kalau kita bersatu juga, itu bermaksud, yang tak rasis telah menerima idea mereka yang rasis, dan sebaliknya. Jadi dimana letak idea idea yang asal itu? Dilupakan semata untuk bersatu? Kalau begitu apa maknanya bersatu dan apakah kegunaan bersatu?
Kami rasa itu cukup mual!! Kita boleh bersatu apabila idea idea utama kami tidak jauh bercanggah,baik kami teruskan berlawanan. Itu lebih afdal serta lebih jujur..

Rotten N Rebels: Pada pendapat korang lah.. Apa itu ISA? Dan perlukah ianya wujud di Malaysia?
Joe Kidd (carburetor dung) :
ISA atau internal security act adalah satu perundangan yang melanggar hak hak asasi manusia. Ianya juga disertakan dengan pelbagai penderaan pada individu yang ditangkap.
Bagi kami disini, segala perundangan yang mengenepikan hak hak asasi manusia adalah perundangan yang zalim serta jahat! ISA perlu dibubar dengan segera!!

Rotten N Rebels: Bagi korang Gothic di Malaysia ni.. adakah ianya budaya ? muzik atau fashion semata mata?
Joe Kidd (carburetor dung) :
Lantak korang la! Hak masing masing..tapi bagi kami, cuaca kita ni agak mencaabar untuk budaya goth. Lainla klu kamu hidup dinegara sejuk.. bleh pakai trench coat siang malam.. goth pakai selipaar dan seeluar pendeek raasanya tak jadila..

Rotten N Rebels: Last words dari pihak carburetor dung untuk para pembaca semua…
Joe Kidd (carburetor dung) :
Bacalah kamu sebelum kamu dibacakan
Terima kasih..
http://carburetordung.kerbau.com
http://www.myspace.com/carburetordung
http:// ricecooker.kerbau.com

Any Info and questions:

Please SMS :



0179255969



(andax)

all stuff available at:
GRIDO MUSIC STUCIO
KELANA JAYA

Followers

 

Rotten Rebels Rare-chords. Copyright 2008 All Rights Reserved Blogger Templates by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com